Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Cukai rokok dan AES cara pantas jana hasil

A Kadir Jasin
24 Oktober 2012
SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.

Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati.

Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula 19 Oktober.

Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera.

Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.

Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu?

Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.

Tetapi, kenapa selepas 20 hari cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.

Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).

Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.

Perbendaharaan Kesuntukan Duit?

Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.

Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan, bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan kedudukan kewangan kerajaan.

Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk “AES Cameras Smart Enough” (kepintaran kamera AES memadai” dalam ruangan surat pembaca.

Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu “is not smart enough” (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.

Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju).

Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih “smart” kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.

Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.

Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan “cost effective” kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

* Dipetik dari blog A. Kadir Jasin
,
related search;AES sistem penipu, aes tidak patut dilaksanakan ditempat yang tidak munasabah, aes pemeras duit rakyat, aes projek kroni, aes cekik darah, aes penzalim , sistem aes jpj, sistem penguatkuasaan aes pdrm polis, aes bekerja 24 jam, aes tidak praktikal, aes polis dan jpj, aes senang digunakan oleh penguatkuasa tapi aes tidak disenangi rakyat, aes perangkap duit rakyat, aes tidak wajar dilaksanakn, aes kutip duit rakyat marahein,

Friday, October 5, 2012

Tiga tahun RM1 juta


Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka? Kepada wartawan ADHAM SHADAN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS, jutawan Internet muda, Irfan Khairi, 32, berkongsi cerita.

SEBAGAI usahawan Internet, Irfan dan komputer riba bagai tidak boleh dipisahkan.


DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.
Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.
Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.
Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.
Mula melangsungkan perniagaan Internet pada tahun 1999 ketika masih menuntut di Universiti Staffordshire, Britain dalam bidang reka bentuk multimedia, Irfan Khairi mengusahakan perkhidmatan mereka bentuk kulit buku, laman web, logo, banner dan produk seperti buku dan peta Malaysia.
"Alhamdulillah, selepas tiga tahun mengusahakan perniagaan Internet, saya berjaya meraih RM1 juta menerusinya sahaja," kata Irfan, 32, ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Irfan mengambil keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai perunding multimedia di sebuah syarikat terkenal di Britain setelah melihat dia mampu memiliki pendapatan yang jauh lebih baik menerusi perniagaan Internet.
"Sebenarnya, ketika memulakannya lagi saya sudah yakin yang cara ini akan berjaya. Semakin mengujakan apabila saya lihat tempahan datang dari merata tempat di dunia. Misalnya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Australia," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

IRFAN bekerja keras untuk memajukan perniagaan Internetnya.


Tambahnya lagi, kini dia, komputer dan Internet ibarat tidak boleh dipisahkan. Dalam milikannya sahaja, ada lima buah komputer.
Bunyi kerjanya seakan mudah. Sebahagian besar masa di rumah dan hanya menghadap komputer untuk mengakses Internet. Adakah ia sesenang yang disangka?
Irfan menegaskan: "Saya bekerja keras untuk dapatkan ini. Bukan goyang kaki sahaja."
Ceritanya, dia bekerja dari pagi sampai ke malam dan dari Isnin sampai Ahad. Selain itu, dalam tempoh tiga tahun itu terutamanya, dia selalunya cuma tidur tiga hingga empat jam, selebih masanya bersengkang mata di hadapan komputer menyiapkan tempahan-tempahan grafik dan sebagainya.
"Malahan, pada tahun pertama saya memulakannya, saya sekadar dapat tiga orang pelanggan! Tapi saya tidak berputus asa dan memperbanyakkan membaca buku mengenai perniagaan Internet dan menghadiri ceramah-ceramah berkenaan perniagaan Internet.
"Hasilnya, mulai tahun kedua saya mampu mendapatkan RM2,000 ke atas sehari."
Pengalamannya itu sendiri boleh menjadi ukuran akan potensi perniagaan Internet pada masa ini.
"Bayangkan, yang saya boleh dapat RM2,000 sehari itu ketika perniagaan melalui Internet belum berkembang. Pada masa itu, pengguna Internet hanya 500 juta orang.

IRFAN turut berkongsi rahsia kejayaan dengan menulis buku.


"Tetapi kini pengguna Internet adalah 1.3 bilion dan sudah tentu perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang besar buat pengusahanya.
"Lagi pula, sekarang perniagaan atau urusan juga sudah semakin sebati dengan Internet. Bayar saman pun sudah boleh secara dalam talian," katanya sekali gus berbicara soal potensi perniagaan Internet.
Pada masa ini, Irfan mempunyai lima buah laman web antaranya rahsiainternet.com, ideabubble.com dan slash.com.my.
Jelas Irfan lagi, kelebihan perniagaan Internet adalah dari segi bekerja di rumah dan kos yang rendah.
"Kalau kita meniaga di kedai, paling kurang hendak kena bayar sewa tapak, mungkin RM1,000 sebulan. Namun untuk perniagaan Internet anda cuma perlu memperuntukkan RM15 sebulan untuk sewa letak laman web atau web hosting. Selebihnya mungkin bayaran penggunaan Internet, telefon dan elektrik.
"Masa di rumah juga lebih banyak, dan dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga. Saya pun tidak ada orang gaji," kata lelaki yang sudah berumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata ini.
Menyentuh sedikit tentang personalitinya, apa yang boleh dikatakan, dia nampak begitu bersederhana. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.
Dia selesa berbaju T ketika ditemui tempoh hari dan kenderaan mewah seperti BMW atau Mercedes bukan dalam senarai milikannya.
"Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak," katanya.



Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin bisa terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang ampuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.
Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.
Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.
"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.
"Berniaga sememangnya kunci untuk menjadi kaya dan dianggarkan 74 peratus jutawan dunia datang daripada bidang perniagaan. Perniagaan Internet pula mempunyai potensi yang amat besar untuk berjaya.
"Cuma cabarannya ialah bagaimana untuk kita meyakinkan khalayak tentang produk dan perkhidmatan kita kerana kita tidak bersemuka dengan mereka dan mereka tidak boleh memegang atau merasa produk kita. Mereka hanya boleh melihat fotonya di monitor komputer," ujarnya.
kosmo

Friday, July 1, 2011

peluang belajar

MAJLIS LATIHAN PERTANIAN KEBANGSAAN
NATIONAL AGRICULTURAL TRAINING COUNCIL (NATC)
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
TAWARAN MENGIKUTI
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN
KEMASUKAN JULAI 2011
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
menawarkan latihan bertaraf Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dalam bidang pertanian.
Latihan selama 6 bulan sepenuh masa ini
adalah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK).
􀂙 Penginapan, makan-minum dan yuran pengajian
ditaja sepenuhnya oleh NATC.
􀂙 Lulusan latihan ini boleh menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan pertanian atau bekerja di
sektor swasta sebagai pekerja mahir.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
􀂈 Warganegara Malaysia.
􀂈 Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh iklan
ditutup.
􀂈 Sihat tubuh badan.
􀂈 Sekurang-kurangnya memiliki UPSR
􀂙 Pemohon yang mempunyai PMR, SPM dan SPMV
juga boleh memohon.
􀂙 Selepas berjaya menamatkan latihan selama 6 bulan,
pelatih boleh dipertimbangkan untuk mengikuti latihan
lanjutan di tahap seterusnya.
KURSUS DAN TEMPAT LATIHAN
YANG DITAWARKAN
KURSUS TEMPAT LATIHAN
Sijil Pekerja Ladang
Pertanian
• Institut Pertanian Kuala
Lipis, Pahang
• Kolej Pertanian Malaysia,
Bukit Tangga
Sijil Pekerja Ladang
Ruminan
• Institut Veterinar Malaysia,
Kluang, Johor
• Kolej Pertanian Malaysia,
Bukit Tangga
Sijil Juruteknik Rendah
Akuakultur
• Pusat Pengeluaran &
Penyelidikan Benih Udang
Kebangsaan (PPPBUK)
Pulau Sayak, Kedah
Sijil Kru Mahir
Teknologi Perikanan
Tangkapan
• Institut Perikanan
Malaysia, Chendering,
Terengganu
• Sekolah Perikanan Tg.
Manis, Sarawak
Sijil Operator
Pengeluaran
Pemprosesan Makanan
• Kolej Pertanian Malaysia,
Jalan Langgar, Alor Star,
Kedah
• MARDI Serdang, Selangor
Sijil Wakil Pengedaran
Makanan
• Institut Pengurusan
Peladang, Sg. Petani,
Kedah
CARA MEMOHON
Salinan fotostat borang permohonan juga diterima. Sila
hantar borang permohonan yang lengkap diisi serta satu
salinan KAD PENGENALAN dan salinan SIJIL
KELAYAKAN AKADEMIK (SPM/SPMV/PMR/UPSR) yang
tertinggi ke:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 3, Wisma Tani, No. 28 Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya, Malaysia
ATAU FAKS :
03-88886908 / 03-88701699
TARIKH TUTUP : 01 JULAI 2011 (JUMAAT)
Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian :
03-88701683/1684
NAMA
PENUH
NO. KAD
PENGENALAN
ALAMAT
LENGKAP
NO. TELEFON
KURSUS
PILIHAN 1 PILIHAN 2
􀂙 BORANG PERMOHONAN

Tuesday, June 28, 2011

Penyamun Digital

KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.

Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.

Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.


Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.


Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.

Saturday, April 30, 2011

PHD bukan perasaan hasad dengki

PHD.
P bermaksud Passion, bermaksud bila membuat sesuatu kita mesti
membuat dengan sungguh - sungguh dan cintakan perkara yang
kita buat itu.


H pula bermaksud Hungger, yang membawa maksud kita dahagakan
kejayaan atau dahagakan sesuatu.


D bermaksud Desire yang bermaksud impian.
kita perlu mempunyai inpian yang besar kerana dengan mempunyai
impian yang besar, passion dan hunger kita akan bergerak sekali.

backlink;www.copynpastemillionaire.com

Friday, April 29, 2011

Eskay sumpah laknat hari ini

sumber mymetro KUALA LUMPUR: “Saya berani bersumpah pelaku tersebut (lelaki dalam video seks yang didedahkannya bersama rakan) adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan.

“Dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita, saya dan rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan ini,” kata ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada sidang media, semalam.


Beliau hadir ditemani rakan trio ‘Datuk T’ iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Katanya, beliau sanggup mengambil segala risiko untuk mendedahkan siapa sebenarnya pemimpin pembangkang yang dikenalinya sejak 1996 kerana percaya Anwar tidak akan berubah, malah tidak akan menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk dilakukannya.


“Sekiranya Anwar masih menafikan beliau bukan orang dalam video tersebut, saya mengundang beliau sama-sama melafazkan sumpah laknat (berhubung isu video seks itu) selepas Solat Jumaat esok (hari ini) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul .


“Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara berkenaan kerana kami, Datuk Trio bertanggungjawab sepenuhnya atas pendedahan ini dan demi Allah Yang Maha Mengetahui, tindakan diambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaran.

“Bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri...ini lebih kepada soal maruah, agama, bangsa dan negara (kerana) kita tidak mahu anak cucu kita mempersalahkan kita kelak kerana membiarkan orang tidak bermoral memerintah dan menerajui negara,” katanya.


Shazryl Eskay berkata, mereka juga sedar apakah balasan diterima di akhirat sekiranya melakukan fitnah, namun tetap percaya berada pada pihak yang benar dan apa lebih penting adalah penduduk negara ini tahu siapa sebenarnya suami kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Menurutnya, hanya beliau seorang saja yang melafazkan sumpah laknat di hadapan ulama di masjid berkenaan, tetapi tidak menolak kemungkinan Rahim dan Shuib menyertainya bersama jika keadaan memerlukan.


“Ramai pihak menyuruh saya melafazkan sumpah ini dan ada juga menghubungi minta berbuat demikian, jadi saya menyahut seruan itu dan akan melafazkannya di hadapan ulama di Masjid Amru Al-As...pihak masjid tahu kami akan ke sana dan siapa ulama yang menyaksikan, hanya diketahui esok (hari ini),” katanya.


Beliau menjelaskan sekiranya Anwar tidak hadir ke upacara berkenaan beliau tetap meneruskan apa dirancang dan tidak mahu menuduh pemimpin pembangkang itu pengecut.


Mengenai sampel DNA beliau yang diserahkan kepada polis di Bukit Aman, kelmarin, Shazryl Eskay memberitahu ia hanya bertujuan membantu siasatan pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes berkenaan.

isu sesumpah lagi..

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip berkata, ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Jelasnya, mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Katanya, seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar.

”Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. ”Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah penjelasan beliau.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.

Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible. Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis.

Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong.

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah.

Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut. Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – ”Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud.”

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – ”Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.”

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah. Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah. Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu ”Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya.”

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh. Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja.

Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama’ dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain. Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja.

Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian. Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan:- ”Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.”

”Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak.”

”Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.”

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya.
sumber;harakah

Sumpah Eskay adalah sumpah orang jahil - bekas Mufti WP

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.


- Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, April 23, 2011

lagi isu poco-poco

GURUN: Hati-hati. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada umat Islam di negara ini yang mahu menyertai tarian poco-poco supaya tidak lari daripada landasan agama walaupun muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin memutuskan ia masih boleh terus diamalkan.

Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga kesucian agama bukan saja dalam isu tarian poco-poco, tetapi kegiatan masyarakat lain supaya tidak bertentangan dengan Islam hingga boleh menjejaskan akidah.


Jamil Khir berkata, ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi, umpamanya dalam soal berpakaian, kesopanan atau tujuan ia dijalankan supaya tidak berkaitan dengan ritual agama lain.

Katanya, apa saja termasuk tarian poco-poco boleh jadi haram jika dicampur dengan elemen lain yang bertentangan dengan Islam atau jika tujuan ia dilakukan adalah salah dan boleh merosakkan akidah.


“Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dengan mendalam hal ini sebelum membenarkan ia diamalkan, namun tanggungjawab kita sebagai umat Islam juga perlu bagi mengelak ia tidak bercampur dengan aktiviti lain yang bertentangan dengan Islam.


“Keputusan ini menyelesaikan isu dihadapi umat Islam yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada ia boleh atau tidak boleh diamalkan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Anak Angkat di Dewan Surau Kampung Sungai Badak, di sini, semalam.

artikel ini diambil dari http://www.hmetro.com.my/articles/Hati-hatitarianpoco-poco/Article/artikelMA

artikel ini juga berkaitan dengan artikel ttp://mais-cerita2u.blogspot.com/2011/04/tarian-poco-poco.html

Saturday, April 2, 2011

tarian poco-poco

Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia.

Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain.Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.

Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. klik url ni dalam youtube;

Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. keputusan fatwa negeri perak lebih menguatkan lagi perkara ini;tengok berita

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Menteri Besar berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

“Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang…jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada Umno baru-baru ini.

Zambry berkata dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC.
- Bernama

isu yang sama juga banyak diulas oleh bloger2 dan pembacanya..

Monday, February 14, 2011

Bisnes sebagai satu budaya

TAN Sri Muhammad Ali Hashim merupakan tokoh yang tidak perlu diperkenalkan. Jangan sesiapa berani menafikan kredibiliti dan keupayaan anak kelahiran Johor itu di pentas bisnes. Mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) itu telah melakukan satu pencapaian yang sangat luar biasa.





Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada entiti korporat yang dikendalikannya selama hampit tiga dekad, beliau meninggalkan satu nama dan legasi perniagaan yang cukup hebat. JCorp kini mempunyai lebih daripada 280 anak syarikat dan membuka pintu rezeki kepada lebih 65,000 pekerja. Terlalu banyak kejayaan yang dilakar hingga boleh dijadikan satu buku bersiri.

Syarikat konglomerat semasa pentadbirannya juga mencipta satu sejarah dunia. JCorp dilabel syarikat pertama yang mentransformasikan JCorp kepada Perbadanan Wakaf pertama di dunia. Akhbar melaporkan, JCorp mewaqafkan saham bernilai RM200 juta (nilai aset bersih) kepada Waqaf An-Nur Corporation Bhd. Seterusnya, pada tahun 2007, syarikat itu sekali lagi mewaqafkan saham miliknya di dalam TPM Management Sdn. Bhd. yang memiliki premis membeli-belah Larkin Sentral di Johor Bahru bernilai RM50.3 juta.

Katanya : “Bisnes bukan sekadar mencari keuntungan, tetapi bisnes itu adalah jihad.”

Muhammad Ali masih sibuk seperti dulu. Beliau masih merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Terkini, beliau adalah seorang penulis buku.

“Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama J-Corp dengan pembaca, justeru saya menulis buku yang bertajuk Bisnes Satu Cabang Jihad.

“Karya ini bukannya menumpukan kepada strategi atau teknik pengurusan tetapi mahu mengajak masyarakat Islam menghayati dan membudayakan bisnes secara serius,” katanya yang juga menulis buku bertajuk Membujur Lalu : Suatu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan.

Buku setebal 240 muka surat itu mengandungi pecahan empat bab utama iaitu Mengenggam Pedoman, Membisneskan Budaya, Membudayakan Bisnes dan Mendaki Ombak yang antara lain mengupas tentang krisis ekonomi Asia dan cabaran serta ancaman korporat Barat.

Bisnes sebagai pekerjaan

Buku itu mengajak orang Melayu menjadikan perniagaan atau bisnes satu kerjaya serius supaya tidak ketinggalan, melonjakkan pendapatan semua, langsung meningkatkan taraf hidup menjadi bangsa maju.

Sebagai seorang Muslim yang arif dalam selok-belok perniagaan, Muhammad Ali melihat, orang asing sering melontarkan persepsi bahawa Islam adalah sebuah masyarakat yang kecundang dan antibisnes.

“Justeru, saya ingin membangkitkan semangat orang kita agar segera menjadikan bisnes sebagai teras kekuatan dan ketahanan Islam.

“Pada masa sama, saya menyeru agar mereka menyuntik nur Islam dalam amalan dan gerak kerja perniagaan yang dijalankan, jangan terpedaya dengan budaya kapitalisme Barat,” tegasnya yang turut mengadakan ceramah-ceramah bisnes berlandaskan prinsip jihad di seluruh negara.

Secara kesimpulannya, buku itu menyeru masyarakat Islam memahami peranan dan mengiktiraf potensi bisnes dalam mengatasi krisis dan ancaman sekali gus membina kekuatan dan kekebalan ekonomi dalam mempertahankan hak dan kedudukan.

Buku yang akan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ini kata Muhammad Ali, bukan saja sesuai dirujuk kepada usahawan malah kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa. “Sesungguhnya, budaya perniagaan harus diterap sejak kecil, tambahan, seruan agama menyatakan sembilan per sepuluh punca rezeki adalah melalui bisnes,” ujarnya yang akan mengeluarkan sebuah buku lagi pada April ini.

Hasil karyanya begitu menarik kerana Muhammad Ali turut menyelitkan beberapa peribahasa dan pantun yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan dunia perniagaan.

Untuk keterangan lanjut mengenai jihad dan buku-buku terdahulu, layari www.businessjihad.com.

berita kosmo.com

Padah maki hamun lucah di Facebook

2011/02/15
DUBAI: Mahkamah mengenakan denda terhadap seorang wanita dan lelaki sebanyak 2,000 dirham (RM1,661) kerana saling menggunakan bahasa kasar berbaur seks ketika bertukar mesej di Facebook.





Mahkamah Jenayah Dubai kelmarin mensabitkan seorang jurutera Amerika Syarikat berusia 35 tahun dan ahli perniagaan wanita Britain berusia 44 tahun kerana bertukar mesej bahasa kotor di Facebook.

bharian.com

p/s bagaimana dengan mahkamah akhirat

Ops Valentine- kisah sedih

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Walaupun kempen dilakukan bagi memberi kesedaran kepada umat Islam agar menjauhi sambutan Hari Kekasih hari ini, namun masih ada yang tidak mengambil peduli.





Ia terbukti apabila 96 umat Islam ditahan kerana berkhalwat dalam 'Ops Valentine' yang dijalankan di sini dan Selangor, malam semalam hingga awal pagi ini.

Lebih menyedihkan, tangkapan dilakukan kurang 24 jam sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nurhamizah Othman berkata, seramai 80 orang berusia 18 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan di hotel-hotel bajet di seluruh Selangor.

"Sebelum ini usaha dilakukan di dalam fasa pertama iaitu melalui kempen, dakwah dan arahan beredar kepada pasangan oleh penguat kuasa di taman-taman rekreasi dan tasik," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, peringatan melalui khutbah Jumaat juga telah disampaikan agar umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya barat itu yang boleh merosakkan akidah.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa di mahkamah selain 61 orang diarah menghadiri sesi kaunseling dan 60 lagi diminta beredar.

"Mereka yang ditahan bakal didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Katanya, dalam operasi tersebut juga, seramai enam orang diuji positif dadah dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi melibatkan kira-kira 60 pegawai dan anggota penguat kuasa JAIS itu diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd. Rais Rashid.

"Operasi bermula pukul 8 malam dan berakhir pukul 5 pagi turut melibatkan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan, pihak berkuasa tempatan dan Rela," katanya lagi.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sekitar Jalan Ipoh dan Jalan Raja Laut, 16 orang berusia 21 hingga 40 tahun ditahan di lima buah hotel bajet kira-kira pukul 1 pagi.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, ketika serbuan, ada yang enggan membuka pintu dan melengahkan masa dipercayai untuk memakai pakaian.

"Ada tidak sempat memakai baju, bersembunyi di dalam bilik air dan belakang pintu ketika ditahan pegawai Jawi," katanya di sini hari ini.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat Jawi untuk siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

utusan.com

Monday, January 31, 2011

Untung Besar Jual Benih Kurma- Dulu minat herba, kini jual pokok kurma

BUAH kurma bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila pada bulan Ramadan.

Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini?

Atau memiliki sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang indah?

Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah sesuatu yang mustahil!

Selama ini, apa yang diketahui umum ialah pohon kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu tidak akan berbuah.

Namun kajian menunjukkan pokok kurma boleh ditanam dan mengeluarkan buah di mana-mana sahaja jika diusahakan dengan cara yang betul.

Selain itu, tanggapan terhadap pokok kurma juga tidak seharusnya dilihat dari segi penghasilan buah semata-mata kerana ia juga cukup indah jika dijadikan hiasan di halaman.

Menyedari potensi besar tanaman pokok kurma, seorang guru matematik, Mohd. Rahof Abdul, 48, di Kampung Tehel Bemban, Melaka nekad mengeluarkan benih anak pokok kurma untuk dijual secara komersial sejak tiga tahun lalu.

Berbekalkan sedikit modal, dia mula menanam 1,200 benih pokok kurma sebagai permulaan di tapak semaian yang terletak bersebelahan rumahnya dengan keluasan sekitar separuh gelanggang badminton.

Ternyata, kegigihannya ternyata tidak sia-sia bahkan memberi pulangan lumayan apabila hasil jualan anak-anak pokoknya mendapat sambutan menggalakkan.

Ia dijual kepada orang ramai dengan harga sekitar RM250 sepokok bergantung kepada saiz dan usia.

Mohd. Rahof memberitahu, permintaan tinggi terhadap pokok tersebut menyebabkan kini hanya tinggal kira-kira 300 anak pokok kurma yang masih boleh dijual.

‘‘Daripada 300 anak pokok itu, sebanyak 250 adalah jenis baka Tunisia manakala baki 50 lagi dari jenis Ajwa yang berusia antara enam bulan hingga dua tahun setengah,” katanya ketika ditemui Mega di Bemban Melaka baru-baru ini.

Bapa kepada lima anak itu berkata, beliau memilih untuk menjual anak pokok dalam polibeg kerana lebih mudah berbanding menjual pokok kurma dewasa yang harganya lebih mahal dan lebih sukar untuk dipindahkan.

Dengan cara itu, pembeli boleh menjaga sendiri dan melihatnya membesar sehingga mencecah usia dewasa .

Jika dijaga dengan baik mengikut kaedah pendebungaan yang betul maka ia mulai mengeluarkan buah ketika berusia antara lima hingga tujuh tahun.

Mengimbas semula bagimana timbul minat terhadap anak pokok kurma, Rahof berkata, beliau asalnya gemar menanam pokok herba.

Bagaimanapun selepas menyaksikan sendiri sebuah syarikat kontraktor berjaya menjual sebatang pokok kurma dengan harga RM2,000 kepada sebuah resort di Melaka untuk dijadikan hiasan, minatnya mula timbul.

Katanya, hasrat untuk membuka tapak semaian anak pokok kurma semakin membuak-buak apabila berkunjung ke Madinah dan Mekah.

‘‘Di Madinah kita boleh lihat hotel menjadikan pohon kurma sebagai hiasan, ia bertambah cantik bila disapu syalek.

“Selain itu, di sana juga kita boleh lihat pokok kurma sungguh cantik dijadikan hiasan di kaki lima jalan raya,” katanya yang juga guru di Sekolah Menengah Teknik Jasin.

Maka sekembali di tanah air, dia melihat terdapat ruang dan peluang yang luas untuk rakyat negara ini menceburi bidang penanaman pokok kurma secara komersial khususnya bagi masyarakat Islam yang amat dekat kehidupan mereka dengan kurma.

Lebih-lebih lagi, katanya, pohon kurma bukan sahaja disebut beberapa kali dalam al-Quran tetapi juga terbukti terlalu mempunyai banyak khasiat.

Bagi tujuan hiasan, keindahan pokok kurma tidak dapat dinafikan lagi untuk dijadikan hiasan bagi menggantikan pokok palma atau kelapa sawit atau tanaman biasa lain.

Ini kerana, katanya, ia akan lebih menampakkan imej Islam dan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan menenangkan khususnya untuk lokasi seperti masjid, surau, pusat Islam, universiti, lokasi awam dan sebagainya.

Selain itu, debunga kurma juga boleh digunakan bagi meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki untuk pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata.

Allah s.w.t menjadikan buah kurma cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tiada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.

Allah pelihara dan memuliakannya manakala pokok kurma mesti disenyawakan oleh tangan manusia.

Di Madinah hanya orang Arab sahaja yang sanggup memanjat dan turun naik ke atas pokok kurma untuk melakukan pencantuman ini.

‘‘Pendebungaan secara manual oleh manusia dengan mengambil debunga jantan lalu diketuk ke mayang pokok betina,” kata Mohd. Rahof.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan anak pokok kurma boleh menghubungi beliau di 013-6476591 atau emel di rahofmra@yahoo.com.my.

Wednesday, January 26, 2011

musim mengawan muda mudi; ogos dan disember

mymetro; Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.






Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.


“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.


“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

Sunday, January 23, 2011

myMetro; jadi mewah tulis blog - redmummy

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan.

Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.


Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.

"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.


Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.

"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.

"Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira.

Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

"Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.


"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.


"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.


Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.


"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.


Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana. 2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

myMetro;Wan Fadzillah manfaat khasiat serai

BANYAK pertanyaan dilontarkan kadangkala membuatkan dia tergelak sendiri. "Tak racun ke?" seorang rakan mohon kepastian apabila dia memperkenalkan teh serai, produk pertama keluaran syarikatnya, Al-Muqarram Holdings Sdn Bhd (AMHSB).

"Apa khasiatnya? Boleh buang angin dalam badan? Boleh ubat sakit kencing manis atau darah tinggi?" Apabila diberitahu, khasiat teh serai untuk melegakan tekanan dan menenangkan fikiran, reaksi diterima kurang memberangsangkan. "Kalau macam itu, tak ada khasiatlah," komen seterusnya bagai sudah dijangka - tidak berminat.

Bukan mudah meyakinkan orang ramai memilih teh serai sebagai minuman untuk mencari kelainan. Kebanyakan yang ditemui tidak pernah mendengar mengenai teh serai dan tidak dapat membayangkan ada produk seumpama itu, kecuali mereka yang pernah ke luar negara.

"Pada 2004, penggunaan herba sebagai produk belum meluas. Kalau ada pun, Tongkat Ali dan diikuti Misai Kucing. Serai banyak kegunaan tetapi kebanyakan orang kita tahu untuk masak saja.


"Oleh itu, kenapa tidak kita hidupkan kembali tradisi memanfaatkan serai untuk pelbagai kegunaan, termasuk untuk mandian dan ramuan ubat.


"Pada masa sama, Thailand banyak menghasilkan produk serai. Kalau orang balik dari Thailand, biasanya mereka bawa teh serai sebagai ole-ole," kata Wan Fadzillah Hana Wan Sidek.

Pengarah Urusan AMHSB itu berkata, syarikat berkenaan ditubuhkan bapanya, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman, pesara kerajaan dengan jawatan terakhir sebagai pesuruhjaya tinggi di London. Niatnya ialah mengkomersialkan serai dengan penciptaan pelbagai produk berasaskan tumbuhan itu.

Pada awal penubuhan, AMHSB hanya menjalankan jual-beli serai diikuti pengeluaran teh serai menerusi bimbingan (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang memberi khidmat nasihat serta formulasi terbaik. Produk dipasarkan secara kecil-kecilan di hotel dan restoran sebelum diperluaskan ke Tesco, Carrefour dan Giant pada 2007.

"Aroma teh serai membuatkan kita tenang. Perut yang senak selepas makan nasi akan lega apabila minum teh serai. Kita perlu mengubah tanggapan minum produk berasaskan herba mesti untuk membantu mengubati penyakit, sebaliknya anggap ia sebagai minum teh. Satu uncang boleh digunakan berulang kali dan lebih sedap rasanya," katanya.

Wan Fadzillah berkata, setiap tahun AMHSB cuba menghasilkan produk lain berasaskan serai dan setakat ini ia dibahagikan tiga bahagian iaitu masak-masak, minum-minum dan pakai-pakai seperti krim pelembut, krim tumit pecah, minyak urut dan minyak aromaterapi.

Buat masa ini, pengeluaran teh serai dan serai segar paling banyak iaitu lima tan sebulan.

AMHSB sentiasa mendapat bimbingan dan sokongan agensi kerajaan, misalnya Jabatan Pertanian yang membuka jalan menembusi pasaran China serta ekspo bagi mempromosi produk serta Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama) yang membantu memasarkan produk.

"Kini kami ke arah mendapatkan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) untuk kilang dan memohon Skim Organik Malaysia (SOM) untuk tanaman serai secara organik," katanya.

Menurutnya, bekalan serai bermusim menyebabkan ada ketika pihaknya menghadapi masalah mendapatkan bahan mentah. Ini kerana rumpun serai sesuai dituai selepas enam hingga lapan bulan ditanam dan mengambil masa untuk tuaian seterusnya selepas tanaman semula.

"Ada masa bekalan serai sungguh banyak dan ada ketikanya terlalu sedikit. Bekalan yang tidak menentu, terutama dari bulan puasa, Aidilfitri hingga awal tahun kerana ia mendapat permintaan tinggi sebagai bahan masakan menyebabkan harganya naik.

"Mulanya bekalan serai tidak menjadi masalah kerana kami tidak menggunakan banyak serai bagi penghasilan produk, tetapi apabila pengeluaran semakin besar dengan pelbagai jenis produk berasaskan serai, bahan mentah itu terpaksa ditempah lebih awal daripada pekebun.

"Kami pernah terputus bekalan mentah kerana ketiadaan serai di pasaran. Dua tiga tahun lalu, ramai pihak menjual benih serai secara perladangan kontrak iaitu membeli semula serai daripada pekebun. Bagaimanapun, apabila bekalan serai tidak dikutip, petani membakar serai yang ditanam," katanya.

Wan Fadzillah berkata, AMHSB pernah menerima panggilan daripada petani yang menawarkan serai mentah ketika mereka gagal memasarkan produk kepada syarikat yang menawarkan perladangan kontrak.

Namun, pihaknya tidak dapat membeli bahan berkenaan kerana waktu itu kilangnya tidak memerlukan stok bekalan serai yang banyak. Bagi mengelak bekalan serai mentah terputus, AMHSB kini tidak bergantung pada satu pembekal, sebaliknya mempunyai beberapa pembekal lain.

"Mengendalikan perniagaan keluarga bukan perkara mudah. Ini berbeza jika perniagaan itu diusahakan bersama pasangan, risiko cuma ditanggung bersama pasangan, tetapi apabila perniagaan milik bapa, apabila ada masalah, ia turut berkait dengan ibu dan adik-beradik yang turut risau.

"Mula-mula dulu, air mata sentiasa menjadi teman kerana saya masih cetek pengetahuan mengendalikan perniagaan, terutama daripada segi kewangan.
"Antaranya, jika buat produk, di mana hendak dipasarkan. Sekarang baru saya faham dan lebih yakin menjalankan tugas yang diamanahkan ayah," katanya.

Wan Fadzillah berkata, pada mulanya bapanya menumpukan sepenuh masa di kilang dan mengajaknya membantu dengan bekerja cuma separuh hari.

"Apabila seronok bekerja, tanggungjawab saya semakin bertambah. Pekerjaan lebih mencabar dan kian seronok bekerja sepenuh masa," katanya.

Antara pengalaman manis sepanjang membangunkan AMHSB ialah memenangi anugerah produk terbaik makanan sempena Pameran Perdagangan Antarabangsa (Mihas) 2006, usahawan harapan 2008 dan antara 10 produk terbaik di Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB).


PROFIL
NAMA: Wan Fadzillah Hana Wan Sidek
UMUR: 47 tahun
JAWATAN: Pengarah Urusan Al-Muqarram Holdings Sdn Bhd
ASAL: Batu Gajah, Perak
SUAMI: Nadim Mohamad Zin
ANAK: Siti Diana Kamilah (14); Asyraf Basil (13); Adam Haris (12), Amir Johar (10) dan Ammar Sidek (3)

Tuesday, January 18, 2011

penggunaan minyak RON95...

KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.

Semua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.

Akibat kemalangan itu, kereta Honda City berkenaan musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - BERNAMA
Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celcius berbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.
Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?

sumber;http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=164

www.tranungkite.net; rawatan sakit mental

Berita | Subjek Sakit Mental di Sekolah Menengah, Malaysia makin parah

Oleh rozmal

"Empat sekolah menengah di Malaysia telah terpilih untuk Program Menangani Stres di Sekolah tahun 2011. Tahun 2010 hampir setengah juta rakyat kita menjalani rawatan mental di hospital kerajaan. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, atau hampir 3.3 juta orang rakyat kita sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, bukan separuh, bukan suku."

sumber;http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News

Al-Qaeda ciptaan Amerika Syarikat

Dalam sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul "The Power of Nightmares" pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda sebenarnya merupakan 'rekacipta' yang tidak pernah ada kebenarannya. Pentadbiran George W Bush memerlukan sebuah alasan yang logik sesuai dengan undang-undang sehingga mereka mampu mencari kambing hitam 'the bad guy of their choice' iaitu Undang-undang yang telah dijalankan, dalam rangka melindungi kita dari demonstrasi dan "organisasi pengganas" seperti mafia. Mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya mencipta 'story line' mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika Syarikat. klik di sini

"Al Qaeda bukanlah sebuah organisasi. Al Qaeda sebenarnya merupakan sebuah cara kerja ...tetapi hal tersebut mempunyai hallmark dalam pendekatannya."

Al-Jazeera

Al-Jazeera merupakan saluran berita Arab terbesar dan yang paling kontroversi di Timur Tengah. Stesen TV itu menawarkan berita dari seluruh dunia selama 24 jam setiap harinya dan memusatkan pemberitaannya pada wilayah konflik terpanas. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Qatar, jaringan berita Al-Jazeera merupakan jaringan berita yang paling cepat berkembang di antara komuniti Arab dan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab di seluruh dunia.

Al-Jazeera dimiliki oleh Putera Alwaleed Talal, rakan kongki Rupert Murdoch (taikun Yahudi) klik di sini
Putera Alwaleed (al-Jazeera) dan Rupert Murdoch (20th Century)
Ketahuilah bahawa Al-Jazeera sebenarnya merupakan media propaganda utama untuk kepentingan Amerika Syarikat dan keseluruhan rancangannya dilakukan di Amerika Syarikat dengan kerjasama Allied Media Corp. Setiap kali Al-Jazeera melaporkan berita terbaru sama ada melalui video atau audio mengenai Al-Qaeda atau Osama yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat, ia sebenarnya telah dilakukan di studio Allied Media Corp. Padahal dengan melakukan hal itu, secara tidak sengaja pentadbiran Amerika Syarikat mengancam keselamatan rakyatnya sendiri. Studio-studio Allied Media Corp membuat video dan audio tape untuk Presiden Bush dalam rangka Amerika Syarikat untuk meneruskan Perang Menentang Pengganas serta perang saraf menentang rakyatnya sendiri (anti-Zionis dan pro-Kristian Katholik) selain negara-negara berdaulat lainnya di dunia.

Hebat...Osama bin Laden juga sudah memakai 'dai' pada jambangnya. hehehe
George W. Bush telah menggunakan Allied Media Corp dengan mencipta sebuah video dan audio tape yang dilakonkan oleh seorang lelaki berpewatakan seakan-akan Osama. Rata-rata video tersebut memperlihatkan bahawa Osama serta al-Qaeda membuat ancaman untuk menyerang Amerika Syarikat. Ia dilakukan oleh pentadbiran Bush sebagai dalam rangka mempengaruhi serta memaksa Kongres untuk memberikan Bush kekuasaan diktator serta merampok hak-hak sivil dan kemerdekaan rakyat Amerika.

Wajah-wajah presiden dan bekas presiden 'perang' Amerika Syarikat
Osama tidak menyingkirkan kebebasan anda, Bush di WhiteHouse-lah yang melakukannya. Bin Laden tidak menyerang Amerika Syarikat pada 11 September 2001, kerajaan andalah yang melakukannya. Bin Laden tidak membuat ekonomi Amerika Syarikat terjejas, kerajaan andalah yang melakukannya. (Sejarah menunjukkan bahawa semua kerajaan besar runtuh akibat pembiayaan yang sangat mahal dalam kampen yang agresif) Bin Laden dan Saddam Hussein tidak membunuh lebih dari 1 juta orang warganegaranya yang tidak bersalah, kerajaan andalah yang melakukannya (Pertama dilakukan oleh pemerintahan Clinton, kemudian semasa pemerintahan George W. Bush dan Dick Cheney dan sekarang ketika pemerintahan Barack Obama.

Kesimpulan

Al Qaeda adalah sebuah organisasi ciptaan pemerintah Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada 'pendekatan matlamat menghalalkan cara' untuk menghapuskan umat Islam di sebelah Timur. Terorisme yang dicipta adalah untuk tujuan sebuah agenda politik Amerika Syarikat semata-mata.

sumber http://aku-macjay.blogspot.com/2010/12/al-qaeda-ciptaan-amerika-syarikat.html

.