Saturday, April 23, 2011

lagi isu poco-poco

GURUN: Hati-hati. Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada umat Islam di negara ini yang mahu menyertai tarian poco-poco supaya tidak lari daripada landasan agama walaupun muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin memutuskan ia masih boleh terus diamalkan.

Beliau berkata, umat Islam perlu menjaga kesucian agama bukan saja dalam isu tarian poco-poco, tetapi kegiatan masyarakat lain supaya tidak bertentangan dengan Islam hingga boleh menjejaskan akidah.


Jamil Khir berkata, ada garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi, umpamanya dalam soal berpakaian, kesopanan atau tujuan ia dijalankan supaya tidak berkaitan dengan ritual agama lain.

Katanya, apa saja termasuk tarian poco-poco boleh jadi haram jika dicampur dengan elemen lain yang bertentangan dengan Islam atau jika tujuan ia dilakukan adalah salah dan boleh merosakkan akidah.


“Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti dengan mendalam hal ini sebelum membenarkan ia diamalkan, namun tanggungjawab kita sebagai umat Islam juga perlu bagi mengelak ia tidak bercampur dengan aktiviti lain yang bertentangan dengan Islam.


“Keputusan ini menyelesaikan isu dihadapi umat Islam yang sebelum ini tertanya-tanya sama ada ia boleh atau tidak boleh diamalkan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Anak Angkat di Dewan Surau Kampung Sungai Badak, di sini, semalam.

artikel ini diambil dari http://www.hmetro.com.my/articles/Hati-hatitarianpoco-poco/Article/artikelMA

artikel ini juga berkaitan dengan artikel ttp://mais-cerita2u.blogspot.com/2011/04/tarian-poco-poco.html

No comments:

Post a Comment

.