Showing posts with label berita harian. Show all posts
Showing posts with label berita harian. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Penyamun Digital

KUALA LUMPUR: Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.

Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.

Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.


Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.


Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah.

Friday, April 29, 2011

Eskay sumpah laknat hari ini

sumber mymetro KUALA LUMPUR: “Saya berani bersumpah pelaku tersebut (lelaki dalam video seks yang didedahkannya bersama rakan) adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan.

“Dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita, saya dan rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan ini,” kata ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada sidang media, semalam.


Beliau hadir ditemani rakan trio ‘Datuk T’ iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Katanya, beliau sanggup mengambil segala risiko untuk mendedahkan siapa sebenarnya pemimpin pembangkang yang dikenalinya sejak 1996 kerana percaya Anwar tidak akan berubah, malah tidak akan menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk dilakukannya.


“Sekiranya Anwar masih menafikan beliau bukan orang dalam video tersebut, saya mengundang beliau sama-sama melafazkan sumpah laknat (berhubung isu video seks itu) selepas Solat Jumaat esok (hari ini) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul .


“Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara berkenaan kerana kami, Datuk Trio bertanggungjawab sepenuhnya atas pendedahan ini dan demi Allah Yang Maha Mengetahui, tindakan diambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaran.

“Bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri...ini lebih kepada soal maruah, agama, bangsa dan negara (kerana) kita tidak mahu anak cucu kita mempersalahkan kita kelak kerana membiarkan orang tidak bermoral memerintah dan menerajui negara,” katanya.


Shazryl Eskay berkata, mereka juga sedar apakah balasan diterima di akhirat sekiranya melakukan fitnah, namun tetap percaya berada pada pihak yang benar dan apa lebih penting adalah penduduk negara ini tahu siapa sebenarnya suami kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.

Menurutnya, hanya beliau seorang saja yang melafazkan sumpah laknat di hadapan ulama di masjid berkenaan, tetapi tidak menolak kemungkinan Rahim dan Shuib menyertainya bersama jika keadaan memerlukan.


“Ramai pihak menyuruh saya melafazkan sumpah ini dan ada juga menghubungi minta berbuat demikian, jadi saya menyahut seruan itu dan akan melafazkannya di hadapan ulama di Masjid Amru Al-As...pihak masjid tahu kami akan ke sana dan siapa ulama yang menyaksikan, hanya diketahui esok (hari ini),” katanya.


Beliau menjelaskan sekiranya Anwar tidak hadir ke upacara berkenaan beliau tetap meneruskan apa dirancang dan tidak mahu menuduh pemimpin pembangkang itu pengecut.


Mengenai sampel DNA beliau yang diserahkan kepada polis di Bukit Aman, kelmarin, Shazryl Eskay memberitahu ia hanya bertujuan membantu siasatan pihak berkuasa bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Saturday, April 2, 2011

tarian poco-poco

Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia.

Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain.Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.

Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. klik url ni dalam youtube;

Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. keputusan fatwa negeri perak lebih menguatkan lagi perkara ini;tengok berita

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.

Menteri Besar berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.

Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.

“Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang…jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan. Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada Umno baru-baru ini.

Zambry berkata dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC.
- Bernama

isu yang sama juga banyak diulas oleh bloger2 dan pembacanya..

Monday, February 14, 2011

Padah maki hamun lucah di Facebook

2011/02/15
DUBAI: Mahkamah mengenakan denda terhadap seorang wanita dan lelaki sebanyak 2,000 dirham (RM1,661) kerana saling menggunakan bahasa kasar berbaur seks ketika bertukar mesej di Facebook.





Mahkamah Jenayah Dubai kelmarin mensabitkan seorang jurutera Amerika Syarikat berusia 35 tahun dan ahli perniagaan wanita Britain berusia 44 tahun kerana bertukar mesej bahasa kotor di Facebook.

bharian.com

p/s bagaimana dengan mahkamah akhirat

.