Monday, May 9, 2011

cerita "The Iron Lady"

Dalam menempuhi perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk
berada di tahap sekarang tetapi segalanya terhasil sehinggakan
beliau diberi jolokan 'The Iron Lady' siapakah orangnya? beliau adalah Datuk Maznah Hamid. beliau bukanlah calang - calang wanita.


Beliau bukan sekadar seorang isteri, ibu kepada 5 orang
putera - puteri, tetapi juga seorang Pengerusi Eksekutif
yang menerajui 55 cawangan Seciriforce dengan jumlah 5000
kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan
van kelis peluru. Beliau berasal dari Jerlun, Kedah dan
hanyalah seorang insan yang biasa sahaja.


Beliau dibesarkan oleh datuk dan nenek yang memiliki latar
belakang agama yang kuat dan konservatif. Banyak perkara
tidak boleh dibuat sehinggakan untuk belajar di sekolah orang
putih pun dilarang. Namun disebabkan kegigihan dan kemahuan
yang tinggi, beliau tetap ke sekolah Inggeris pada sebelah
pagi dan petangnya belajar di sekolah agama pada sebelah petang.


"Pesan nenek pada beliau, jikalau tidak lulus MCE (sekarang SPM),
saya disuruh jadi usatazah dan apabila tamat pengajian di
Unversiti dia mahu saya saya jadi tokoh agama. Tapi yang
bagusnya apabila pendidikan agama kita kuat, tidak kita di
mana kita berada walaupun jauh beribu batu dari keluarga
tercinta, kita tidak mudah tergelincir atau tersasar ari landasan".


Datuk Maznah pernah berpesan "Untuk berjaya, kaya, bahagia
dan hidup senang, seseorang itu memerlukan ilmu dan kemahiran
dalam pelbagai aspek" Ini kerana dengan mempunyai pelbagai
kemahiran, punca pendapatan kita datang dari pelbagai cabang
dan ditambah dengan pencapaian akademik yang kita miliki.
Bagi beliau untuk berjaya kita memerlukan 80 peratus kepintaran
EQ dan 20 peratus kepintaran IQ (akademik).


Atas dasar kegigihan inilah beliau telah dijadikan duta oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), untuk
mempromosikan 'Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan' dimana
beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan
cabaran melalui seminar kepada semua graduan.


Datuk Maznah pernah berkata " Saya sentiasa mempertingkatkan
kemampuan diri dari segi bakat, kemahiran, pelan pemasaran
dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan.
Saya 'jual' kualiti diri saya dan syarikat yang saya jadikan
modal utama merintis kejayaan saya pada hari ini". Dan akhirnya
beliau bukan sahaja dikenali sebagai wanita yang menceburi
bidang lelaki tetapi juga berjaya menyaingi golongan terbabit.

Thursday, May 5, 2011

5 cara Atasi Masalah Kewangan

Wang..oh ! wang...Walaupun kita arif tentang selok – belok kewangan, namun begitu, banyak lagi halangan yang perlu kita atasi supaya tidak bergantung dari sudut kewangan. Terdapat lima sebab utama mengapa mereka yang arif tentang selok – belok kewangan masih lagi tidak dapat mengembangkan bahagian aset mereka dengan banyaknya.

Bahagian aset inilah yang menghasilkan jumlah aliran tunai yang banyak. Bahagian aset ini membolehkan mereka menikmati kehidupan yang diimpikan dan bukannya bekerja sehari suntuk semata – mata untuk membayar bil. Lima alasan tersebut ialah seperti carta dibawah



Alasan 1 : Mengatasi perasaan takut untuk kehilangan wang.

Belum pernah dalam hidup saya berjumpa dengan orang yang sengaja suka kehilangan wang. Malah selama saya hidup, belum pernah saya berjumpa dengan orang yang menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’ tidak pernah kehilangan wang. Akan tetapi acapkali saya berjumpa orang yang takut menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’ ini tidak pernah kehilangan sesen pun melalui pelaburan mereka.

Takut kehilangan wang sememangnya dirasai. Semua orang akan berasa demikian. Termasuklah saya yang menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’. Namun masalahnya bukan ketakutan itu sendiri, tetapi lebih kepada cara kita menangganinya iaitu cara kita menghindarkan dari kehilangan wang tersebut. Cara menangani kegagalan itulah yang membezakan anda dan orang lain. Begitu juga dengan kehidupan, wang bukanlah penyebab semata – mata. Perbezaan utama mereka yang menggunakan konsep ‘Copy & Paste Millionaire’ dengan mereka yang tidak ialah cara mereka menangani ketakutan itu sendiri.

“Jika takut risiko dan rasa risau .. mulalah awal.”

Itulah sebabnya bank menggalakkan kita menabung semasa muda. Jika mula awal, lebih mudah untuk berjaya. Saya tak akan membincangkan hal ini secara terperinci di sini, namun apa yang boleh saya katakan ialah perbezaan besar antara orang yang mula menabung ketika usia 20 tahun dengan menabung pada usia 30 tahun. Perbezaannya sangat – sangatlah ketara. Dan inilah satu keajaiban dunia iaitu ‘KUASA FAEDAH KOMPAUN’.



Alasan 2 : Mengikis sikap sinis

Orang yang bersikap sinis sebenarnya seorang yang penakut. Kita menjadi penakut kerana ketakutan dan keraguan menyelubungi fikiran kita.

Sebagai contoh: Ingat lagi tak cerita ‘little chicken’. Yang berlari keliling reban memberi amaran tentang kemusnahan yang akan berlaku. Kita pun sedia maklum tentang orang seperti itu. Malah kita sendiri pun memiliki sikap seperti ‘little chicken’.

Kita semua berasa ragu – ragu. “Saya tidak bijak”, “Saya tak cukup pandai”. Si polan tu lebih baik dari saya. Maka timbullah satu perasaan tidak enak. Ada kalanya membuatkan kita tidak dapat tidur dibuatnya. Kita gagal ke depan. Kita sekadar berpegang pada apa yang dianggap selamat sehingga melepaskan peluang yang ada di depan mata. Kita biarkan hidup ini berlalu tanpa berbuat apa – apa kerana perasaan takut yang menghantui kita.

Dalam hidup ini, kita semua pernah merasakannya, malah ada diantara kita selalu merasakannya.



Alasan 3 : Malas.

Orang sibuk adalah orang yang paling malas. Kita pernah mendengar kisah seorang peniaga yang bekerja keras untuk mendapatkan wang. Dia bekerja kuat untuk menyara isteri dan anak – anaknya. Berjam – jam dia menghabiskan masa di pejabat dan dari pejabat dia mendapati rumahnya kosong.

Isterinya meninggalkannya. Dia sedar bahawa dia dan isterinya bermasalah, tetapi dia tidak berusaha mengukuhkan hubungan dengan isterinya, sebaliknya dia asyik sibuk bekerja. Disebabkan rasa kecewa, prestasi kerjanya merosot dan dia diberhentikan kerja.

Jadi, bagaimanakah mengatasi sikap malas? Jawapannya adalah dengan sedikit rasa tamak J

Oleh itu, setiap kali kita mendapati diri kita mengelak daripada melakukan sesuatu yang memang patut kita lakukan, hanya satu perkara sahaja yang perlu dilakukan iaitu bertanya pada diri sendiri “Apa gunanya?” Bersikap sedikit tamak. Tamak adalah ubat yang paling mujarab untuk mengikis sikap malas.

Eleanor Roosevelt pernah berkata “Lakukan apa yang anda rasa betul di hati anda kerana walau apa pun anda akan dikritik juga. Anda akan dikutuk juga sama ada anda melakukannya atau tidak”



Alasan 4 : Tabiat

Cara kehidupan kita sebenarnya lebih mencerminkan tabiat kita daripada pendidikan kita sendiri. Satu tabiat yang wajib kita sematkan dalam diri kita ialah menbayar diri kita dahulu sebelum membayar orang lain. Ini tidak bermakna kita mesti membayar diri kita dahulu walaupun ketika kita tidak cukup wang.

Ini kerana, selepas membayar untuk diri kita dahulu, tekanan untuk membayar cukai atau pemiutang menjadi begitu hebat sehinggakan anda memaksa diri untuk mencari pendapatan lain. Kita akan membuat kerja lebih untuk memastikan pemiutang tidak mengejar kita.

Tekanan itulah yang membuatkan kita bekerja lebih bijak dan aktif terutamanya yang berkaitan dengan wang. Jika kita membayar diri kita sendiri kemudian, kita tidak akan terasa tertekan, tetapi kita akan tentunya pokai. L Jika kita membayar diri kita dahulu, kita akan menjadi kuat dari segi kewangan, mental dan fizikal.

Alasan 5 : Sombong

Sombong adalah rasa ego yang ditambah dengan sikap jahil. Kebanyakan orang bersikap sombong untuk menyembunyikan sikap jahil mereka. Ini selalu berlaku apabila kita membincangkan dengan rakan sekerja kita mahupun sesiapa sahaja.

Mereka bercakap besar apabila kita berbincang. Bagi saya jelas sekali, mereka tidak tahu apa yang mereka cakapkan. Mereka tidak berbohong tetapi mereka tidak bercakap benar. Apabila anda tahu yang anda jahil dalam sesuatu perkara, maka belajarlah dengan mereka yang pakar dan rujuk buku tentang perkara tersebut

kredit;copypastemilionare newslatter

Tuesday, May 3, 2011

Ke mana Arah Anda Selepas SPM 2010

Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?
Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2010
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.
1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.

2. Kolej Matrikulasi
Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan.

Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.

3. Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.
4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.
5. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.

6. Tingkatan 6
Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?

Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.
7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.
8. ALAM
Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

9. Kursus Ketenteraan
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.

10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

11. IPG
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.

Akhir Kata
Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah.

Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
-fromemailspam

5 KAEDAH mengubah kegagalan menjadi KEJAYAAN.

Ramai orang yang bercita-cita tinggi mengharungi kehidupan dengan kegigihan dan impian yang mengagumkan. Namun begitu, mereka tidak Berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka enggan mencuba pendekatan-pendekatan baru.

Ingat, tumpukan pada matlamat kita, jangan sekali-kali berpaling daripadanya. Tetapi jangan 'berdegil' dengan hanya bergantung kepada satu cara sahaja. Apabila pendekatan yang kita gunakan kini tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, maka cuba pendekatan-pendekatan baru. Ia akan membezakan antara kegagalan dan kejayaan dengan 5 cara yang boleh kita gunakan sebagai panduan dalam menempuhi cabaran perniagaan;


1. Gabungkan kegigihan dan kesanggupan mencuba perkara-perkara baru. Pastikan kita 'setia' pada matlamat kita tetapi jangan hanya 'setia' pada satu cara atau pendekatan. Kita perlu sanggup mencuba cara-cara dan pendekatan baru.
2. Kaji kegagalan yang kita alami. Belajar daripada kegagalan itu supaya kita boleh Berjaya pada lain kesempatan.
3. Kita perlu berani bersikap kritis terhadap diri sendiri. Kenal pasti kelemahan kita dan ambil langkah-langkah spesifik mengatasinya. Dengan demikian, kita menonjilkan sikap seorang yang professional.
4. Hentikan tabiat suka menyalahkan nasib. Kaji setiap kegagalan yang kita tempuhi dan kenal pasti punca kegagalan itu.
5. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenal pasti hikmah setiap cabaran yang membadai dan luputkan kekececewaan dari ingatan kita.

"minda kita hanya melihat atau menilai keadaan mengikut apa yang kita mahu lihat. Fokuskan pada aspek positif dan takluki kegagalan."

kredit;irfan khairi

.